Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad mengesahkan satu klip video yang viral di laman sosial adalah tidak benar.
Video tersebut menunjukkan seorang anggota polis lelaki telah dibelasah oleh beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hasil siasatan mendapati bahawa pemuda tersebut sebenarnya adalah seorang penjenayah yang menyamar sebagai anggota polis.
Lelaki tersebut juga pada bulan lepas didapati terlibat dalam satu kes kecurian beberapa motosikal di daerah Kuantan.
Walaubagaimanapun pada 5 Oktober lepas, dia berjaya ditahan oleh orang awam di Rawang, Selangor dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Baru-baru ini, satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berpakaian baju-T hitam dengan perkataan 'PDRM' dipukul pegawai SPRM tersebar di laman sosial. Asmawati menasihatkan orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang viral serta tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih. - Bernama
0 Response to "VIDEO: ITU SAH BUKAN ANGGOTA POLIS YANG KENA BELASAH DENGAN ANGGOTA SPRM TETAPI"
Post a Comment