Foto..Inilah Ibu Kerat Lapan Bayinya Sendiri..Dipenjara..

Seorang wanita yang memotong bayi perempuannya kepada lapan bahagian selepas meninggal dunia ketika dilahirkan, dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menyembunyikan kelahiran, awal bulan ini.


Keputusan dibacakan Majistret Nurshahida Abdul Rahim terhadap tertuduh, Farihah Abd Aziz, 31, yang juga penganggur selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara memotong bayi berkenaan kepada lapan bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu antara jam 1 hingga 3 petang dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra, pada 6 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ummi Kalthum Zakaria. - HM

0 Response to "Foto..Inilah Ibu Kerat Lapan Bayinya Sendiri..Dipenjara.."

Post a Comment