TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi bertegas terhadap gejala rasuah. Melalui status di laman Facebook Johor Southern Tigers, beliau berkata sokongan kepada mereka yang bergelumang dengan rasuah hanya akan merendahkan moral mereka yang berkenaan. “Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup. "Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita,” katanya. TMJ juga menegaskan melalui status lain pendirian beliau terhadap keburukan gejala rasuah. Katanya, kuasa yang dimiliki seseorang itu tidak akan menjadikan dirinya seorang perasuah, namun akibat takut kehilangan kuasa dan sifat tamak membuatkan mereka bergelumang dengan korupsi. “Saya tidak sanggup menerima betapa hipokritnya keadaan. Mencegah korupsi bukan sahaja baik, tetapi ianya sebagai benteng diri, ianya mencerminkan [...]
Continue reading...
The post Sokong korup buat harga diri begitu rendah – TMJ appeared first on EkELEH.COM.
0 Response to "Sokong korup buat harga diri begitu rendah – TMJ"
Post a Comment