Sayu : Ya Allah kuat kan lah diri ku .. tabahkan lah diri ku sesungguh nya tidak tertahan derita ini- Afiq


ADIK AQIF PERLUKAN BANTUAN SEGERA
________________________________________

Semalam saya diamanahkan supaya mewar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berhati mulia tentang adik Aqif yang sedang terlantar menderita, dengan menerima susu dari tiub di hidungnya. Saya bertekad untuk bantu semampu boleh InsyaAllah dan ingin mengajak semua untuk turut membantu mereka sekeluarga.

Beliau sedang bertarung nyawa melawan tumour yang semakin membesar dan menekan saraf otaknya. Dengan tekanan dalam kepala yang semakin tinggi, beliau sering mengalami sawan sejak akhir-akhir ini. 

6 bulan yang lalu adik Aqif dimasukkan ke hospital, diagnosis yang dibuat berdasarkan imbasan MRI tidak memungkinkan pembedahan dilakukan kerana terlalu berisiko. Tatkala beliau dibawa pulang, hanya air tawar kampung yang mampu ibu dan ayah berikan kerana kemiskinan yang dialami. 

Sebelum itu, beliau seperti kanak-kanak yang lain ceria bermain. Namun tiada siapa sangka kini hanya alas tilam menemaninya setiap saat, tulang rangka semakin jelas kelihatan. Sudah hilang lemak dan isi jasadnya. Berat badannya begitu cepat menyusut dari sehari ke sehari. Hati ibu Ana cukup perit. Pedih!! Ya Allah.. Sakit anakku terseksa lagi hati ibu ini!. 

Tidak terbuka mulut Aqif yang sebelumnya senyum ceria serta galak bercerita bertanya itu dan ini. Masa menguap sahaja mulutnya terbuka. 

Ingin lakukan apa sahaja untuk anak tersayang, namun apa dayanya kini. Dengan kandungannya yang sarat menunggu lahir adiknya Aqif, kudratnya berganti-ganti dengan bapa si penoreh getah. Ayah tidak lagi mampu bekerja sepenuhnya untuk menyara kehidupan seharian. Apatah lagi membeli ubatan atau suppliment untuk merencatkan sel kanser secara semulajadi. Ingin sekali membawa Aqif ke rawatan alternatif tetapi tidak tahu di mana, siapa dan wang pula tiada.

Mohon sama-sama bantu adik Aqif ini ya. Moga tahun depan pada usia 6 tahun kita akan lihat beliau di tadika bersama rakan-rakannya. Di sini, saya sertakan alamat beliau sekeluarga dan nombor akaun ayah untuk bantuan kewangan dan perubatan. 

Saya juga menggesa badan-badan berwajib dan kebajikan tampil membantu secepat mungkin. Beliau perlukan bantuan SEGERA sebelum terlambat. Semoga masih ada waktu untuknya kembali sihat walafiat. InsyaAllah. Ameen..

(Maklumat)


ADIK AQIF : USIA 5 TAHUN

AYAH : ISMAIL BIN MUHAMMAT
- PENOREH GETAH
- NO AKAUN BSN

( 0300 5410000 80442)

IBU: NOREE BINTI HUSSIN
- SURI RUMAH
- NO TELEFON (017-9593694)

ALAMAT : 

RPT PERIA BARU, 
18000 KUALA KRAI,
KELANTAN

Semoga segala perhatian dan bantuan yang diberikan dibalas Allah dengan sebaik-baik ganjaran.

Mohon viralkan dengan SHARE AND TAG FREINDS. Terima kasih. 

With Love..
Qeyn
1.52am
27 Okt 2015


Semoga adik Afiq terus tabah  Credit : Razizan Ejea

0 Response to "Sayu : Ya Allah kuat kan lah diri ku .. tabahkan lah diri ku sesungguh nya tidak tertahan derita ini- Afiq"

Post a Comment