ALFATIHAH: Adik Raef Uqael Meninggal Dunia


Kuala Lumpur: Raef Uqael Mohd Rosli,4, yang menghidap penyakit Biliary Atresia atau kegagalan hati berfungsi tahap akhir meninggal dunia pada 8.20 malam tadi.

Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Shanghai Children Medical Center, Shanghai, China.

Perkara itu disahkan bapanya Mohd Rosli Abdul Rani,38, yang berada di Shanghai dalam kiriman mesej ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro malam tadi.

Menurut Mohd Rosli, walaupun berat dugaan diterima, namun dia dan isterinya Noraini Jaafar,37, reda dengan pemergian anak tunggal mereka itu.

Jenazah Raef Uqael akan dikebumikan di tanah air sebaik urusan membawa pulang jenazah selesai dalam masa terdekat.

Pada 22 Mac lalu Metro Ahad menyiarkan penderitaan Raef Uqael yang menghidap penyakit itu sejak berusia dua minggu memerlukan bantuan kewangan RM300,000 bagi menampung kos pembedahan pemindahan hati yang didermakan bapanya di sebuah hospital di negara terbabit.

Kisah Raef Uqael sekali lagi disiarkan Harian Metro Sabtu lalu yang melaporkan pembedahannya terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kanak-kanak itu kurang stabil dan mengalami pelbagai komplikasi masalah kesihatan.

0 Response to "ALFATIHAH: Adik Raef Uqael Meninggal Dunia"

Post a Comment