Status hubungan pelakon Qi Razali dan kekasihnya Nelydia Senrose yang dikatakan putus adalah tidak benar apabila pemuda itu mengesahkan percintaan mereka masih baik.
Qi berkata, status luahan rasa sedih mereka yang dimuat naik di laman sosial masing-masing tiada kena mengena sama ada hubungan mereka sudah putus ataupun sebaliknya.
“Hahaha… jujurnya kami okey saja. Status di Twitter itu hanyalah kata-kata biasa sahaja. Tiada kaitan dengan hubungan kami. Saya harap twit tersebut tidak dispekulasikan,” katanya kepada mStar Online.
Beberapa hari lalu, Qi telah memuat naik status menyatakan bahawa situasi yang dihadapi ketika ini adalah sangat menyakitkan, namun dia harus meneruskan kehidupan seperti biasa. Nelydia juga turut meluahkan perasaannya menerusi kata-kata mutiara yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada hari yang sama.
Sementara itu Qi berkata, gosip berkenaan yang turut mendapat perhatian beberapa portal berita dan blog kononnya mereka berpisah tidak memberi kesan kepada mereka berdua. Katanya, mereka berdua ketika ini meneruskan hidup seperti pasangan lain.
“Kalau fikir balik, takkan setiap status di Twitter kita nak buat penjelasan,” katanya.
0 Response to "QI RAZALI TAMPIL BERI PENJELASAN ISU PUTUS CINTA DENGAN NELYDIA SENROSE?"
Post a Comment