Pengasas produk dengan tagline ‘Qu Qu Putih, barulah putih’, Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih terkenal dengan nama Dato seri Vida kini telah menjadi perhatian kerana sering mengenakan pakaian bergemerlapan dan mahkota.
Pemakaian aksesori seperti mahkota kata beliau adalah kerana minat serta hobinya mengumpul serta memakai mahkota sejak 5 tahun lalu.
“Angan-angan nak jadi puteri raja. Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah,” katanya.Tambahnya lagi, dia kebiasanya akan memakai mahkota ini semasa promosi produk-produk atau ada majlis tertentu yang memerlukan untuk tampil menarik.
Malah, Dato seri Vida mendedahkan, mahkota paling mahal yang dipakainya berharga dalam lingkungan RM100,000 lebih manakala yang paling murah berharga RM10,000 lebih.
“Setakat ini saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong,” katanya dipetik Media Hiburan.
0 Response to "Jangan terkejut harga Mahkota Dato Seri Vida (gambar)"
Post a Comment