8 peserta program realiti Rockers tarik diri Selanjutnya di : http://ift.tt/1MsIQjd



KUALA LUMPUR: Belum lagi bersiaran, program realiti Rockers yang bertujuan mencari penyanyi rock terhebat terbitan televisyen protokol internet Hypp TV dengan kerjasama KRU Studios Sdn Bhd sudah bergoncang dengan cerita yang kurang enak.
Ibarat rumah belum siap, pahat sudah berbunyi sesuai memberi gambaran kepada situasi ini apabila lapan peserta pertandingan itu sudah menarik diri.
Dakwa mereka, ada perkara yang jelas menyimpang jauh dan memaksa mereka mencari kebenaran.
Petang tadi enam daripada peserta itu diketuai Azri yang juga pernah menyertai Akademi Fantasia kesembilan bangkit untuk mendedahkan perkara sebenar supaya hal yang sama tidak akan berulang lagi.
Lima lagi yang hadir ialah Muhammad Hafidzuddin Roslan, Muhammad Al Fudhail Anwar, Mohd Fadzil Ayong, Mohd Iskandarshah Ismail dan Mohd Afifi Zakaria.

SEBAHAGIAN daripada peserta Pertandingan Rockers membuat aduan mengenai Pertandingan tersebut dan KRU Studio sebagai penerbit di Balai Berita. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
"Kami hanya mahu menuntut hak kami. Jangan aniaya kami begitu sekali. Malah dengan apa yang terjadi ini, kami bukan mahukan pampasan yang mereka kata akan bayar kerana kami menarik diri.
"Tetapi lebih daripada itu kami mahu menunjuk warna sebenar permainan mereka supaya pada kemudian hari, tak ada lagi yang akan menerima nasib yang sama seperti kami," kata Azri mewakili teman yang lain.
"Banyak benda yang kami tak puas hati. Malah ada di antara kami yang sanggup berhenti kerja, menolak tawaran lain dan datang dari jauh untuk menyertai pertandingan ini. Kebajikan kami memang tak dijaga. Elaun kami juga tak dibayar. Saya sendiri pernah masuk program realiti lain seperti AF, My Starz LG dan soal elaun ini tak pernah menjadi isu.
"Asalnya kesemua 15 peserta pertandingan ini nak tarik diri. Namun lapan daripada kami terus kekal. Beberapa terma dalam kontrak juga nampaknya seperti tidak konkrit. Kami ada bawa berbincang perkara ini secara baik tapi nampaknya tak menjadi.
"Mereka ingat dengan mahu memberi pampasan itu sudah memadai. Sudah banyak kami berkorban untuk program ini," katanya.
Dakwa Azri lagi kontrak yang mereka tandatangani juga hanya ditandatangani pihak peserta sahaja.

AZRI AF (tengah) membuat aduan mengenai Pertandingan Rockers dan KRU Studio sebagai penerbit di Balai Berita. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
"Bahagian tanda tangan oleh pihak KRU dibiarkan kosong. Secara jelasnya kontrak itu tak sah. Apa yang mereka cakap dan apa yang terkandung dalam kontrak juga bercanggah.
Banyak mereka menipu dan ada banyak benda yang tak jelas. Selepas hampir seminggu menandatangani kontrak itu iaitu pada 17 Oktober, kami mogok pada 25 Oktober pula . 'Kebijaksanaan' mereka terserlah dengan tidak menandatangani kontrak itu dan boleh memperlakukan apa sahaja kepada kami tanpa bayaran.
"Kami juga ada berbincang dengan peguam dan merancang untuk membawa hal ini ke peringkat mahkamah. Kami juga dapat tahu mereka sudah mendapat pengganti baharu untuk melengkapkan kuota peserta.

Azri AF ketika membuat aduan mengenai Pertandingan Rockers. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
"Apabila isu kami ini kecoh, kami dapat tahu peserta lama yang tinggal dan baharu sudah mula diberi elaun. Masa kami, pandai pula mereka mengelak membayar kami," katanya.
Sementara itu, penerbit program Rockers, Astra Imelda Elizabeth Yapp memberitahu mahu menyelesaikannya cara baik dengan memberikan pampasan kepada lapan peserta yang menarik diri.
"Jika mereka rasa nak teruskan bawa hal ini ke peringkat mahkamah teruskan. Apa apapun program ini akan tetap diteruskan. Kami juga sudah dapat pengganti baharu untuk melengkapkan jumlah peserta pertandingan ini," katanya.
Pertandingan Rockers dijangka bermula pada 16 November ini - http://ift.tt/1MsIQjd

Azri AF (kanan) membuat aduan mengenai Pertandingan Rockers. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

0 Response to "8 peserta program realiti Rockers tarik diri Selanjutnya di : http://ift.tt/1MsIQjd"

Post a Comment