KAHERAH – Kumpulan pengganas Islamic State (IS) mendedahkan satu rakaman video mendakwa saat-saat akhir pesawat Rusia yang terhempas di Mesir dan membunuh kesemua 224 penumpang dan anak kapalnya.
Kumpulan pengganas itu mendakwa mereka yang menembak jatuh pesawat tersebut namun tidak mendedahkan bagaimana jenayah itu dilakukan.
Rakaman itu disebarkan di internet namun ia tidak dapat disahkan oleh MailOnline.
Rakaman video itu menunjukkan satu struktur besar menyerupai sebuah pesawat menjunam dari langit sebelum diselubungi asap hitam.
Sementara itu, dalam satu kenyataan kumpulan sekutu IS menerusi saluran propagandanya menyatakan, “Sebuah pesawat Rusia telah ditembak jatuh dengan kemusnahan ke atas lebih 220 tentera Salib Rusia, syukurlah.”
Serangan ke atas pesawat malang itu disyaki ada kaitan dengan tindak balas terhadap serangan Rusia ke atas kubu IS di Syria.
Bagaimanapun, Kaherah dan Moscow menolak kemungkinan kaitan aktiviti pengganas dalam kemalangan udara tersebut, yang merupakan nahas Airbus paling buruk sejak 10 tahun lalu. lapor Kosmo.
0 Response to "IS Sebar Video Pesawat Terhempas"
Post a Comment