Atikah Suhaime Diserbu, Jawab Isu Gambar Viral

atikahh
Atikah Suhaime telah diserbu para wartawan apabila menghadiri satu majlis tayangan filem terbaru lakonannya berjudul Volkswagen Kuning.
Pelakon jelita berasal dari Singapura ini telah menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya adalah individu yang dikaitkan dengan beberapa keping foto kontroversi yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Ini kenyataannya:
“Tidak, bukan saya. Saya tidak melihat gambar tersebut tetapi ibu saya ada melihatnya. Ibu menasihati agar saya bersabar,”
“Saya minta maaf kerana saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut. Perkara ini saya telah serahkan kepada pihak pengurusan (MIG) untuk sebarang tindakan selanjutnya,”
“Setakat ini, pihak pengurusan sedang mengumpulkan maklumat berkenaan dengan perkara tersebut. Semuanya akan diuruskan oleh pihak MIG, termasuklah membuat laporan polis,”
Sementara itu, MIG menerusi David teoh berkata dia mengetahui siapa dalang yang menyebarkan gambar-gambar terbabit dan mempunyai beberapa bukti yang kukuh.
Ini komennya:
“Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.
“Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas,”
David Teo berharap orang ramai dapat menerima Atikah Suhaime semula kerana dia hanyalah mangsa dalam kes ini

0 Response to "Atikah Suhaime Diserbu, Jawab Isu Gambar Viral"

Post a Comment