Kenyataan Rasmi Dato’ Hans Isaac Tentang Status Agamanya

hans
Baru-baru ini menerusi ruangan gosip di portal hiburan Astro Gempak, wartawan Miss K telah menulis sesuatu tentang Hans Isaac.
Miss K mendedahkan dia ada mendengar perkhabaran bahawa pelakon kacak Dato Hans Isaac kini telah memeluk agama islam.
Hans Isaac yang baru dianugerahkan gelaran Dato pada Februari yang lalu menjelaskan bahawa dia kini masih lagi beragama Kristian dan menafikan khabar angin tersebut.
Ini kenyataan rasminya:
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam. Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik)”
“Saya sedang sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini,”
Dato’ Hans Isaac memberitahu gosip itu hanya direka oleh seseorang dan berharap semua pihak hanya mendengar kisah hidupnya melalui dirinya sahaja

0 Response to "Kenyataan Rasmi Dato’ Hans Isaac Tentang Status Agamanya"

Post a Comment