Ini satu kes yang agak pelik dan mungkin agak seram jika terkena.
Ini tentang satu kes pecah masuk rumah namun yang membuat perkara berkenaan sering datang ke rumah berkenaan dan memberi alasan hanya untuk sembahyang.
Namun perangai lelaki ini agak pelik.
Kepada wanita dan gadis semua, berhati-hati jika ada tanda rumah anda diceroboh. Sila hubungi pihak berkuasa, jiran berdekatan jika ada yang mencurigakan.
Ini Kisahnya:
Khamis last week selepas habis kerja saya balik rumah family terus.
Housemates yang lain macam biasa balik rumah waktu yang biasa kami sampai setiap hari lepas kerja.
Sampai je housemates kat rumah, nak park kereta so buka auto gate, tengok hose bersepah dekat porch (lantai basah). Then dia turun kereta kejap, nak alihkan hose. Tiba tiba ada lelaki tak dikenali datang pada dia dan paksa ambil sejadah dari dia.
(Bila dah di paksa, terpaksa la ambil walaupun cuak). Then lelaki tu pergi.
(Bila dah di paksa, terpaksa la ambil walaupun cuak). Then lelaki tu pergi.
Bila housemates ready nak masuk rumah, sekali tengok main door dah memang terbuka, dalam rumah ada beberapa lampu menyala, beberapa surat tuan rumah terbuka, & langsir disisir.
Lapor Polis
8 malam polis sampai dan buat pengesahan samada ada kehilangan barang atau tak.
8.30 malam housemates (semua 4 orang) pergi buat report di balai.
11.50 malam settle semua di balai, polis datang rumah for inspection.
12.15 tengah malam agent yang jaga rumah datang (kak zati & husband) nak tengok kerosakan main door.
Lelaki Datang Semula
12.50 tengah malam lelaki tu datang semula dan berdiri di front door dia bagi salam dan terus masuk ke hall. Housemates yang duduk dekat hall terus menjerittt dan lariii ke kak zati kat dapur.
Lelaki tu terus cakap,
“ehhh kenapa lari, macam nampak hantu” (giggled)
kau rasa?
Kak zati dengan tenangnya pergi dekat dia, ajak berbual untuk tarik perhatian dia sambil berjalan keluar. (Sementara yang lain call polis).
Tumpang Solat
Dia cakap dia tahu dia salah, pecah masuk rumah ni. Dia nak tumpang sembahyang je. Dan dia bagi tahu dia berjaya rentap pintu rumah sebab diri dia waktu tu ibarat ada 100 orang manusia punya tenaga.
• Hari kedua pun dia masih ada disekeliling rumah. Sebab rumah dia dekat dekat sini je.
• Ada video dan audio creepy dia. Cakap tentang ilmu ilmu dia. Serammm.
NAK PINDAH!
Ini beberapa gambar:
0 Response to "Lelaki Dakwa Pecah Rumah Gadis Untuk Solat, Ada Ilmu Katanya"
Post a Comment