Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan bahawa dia sebenarnya mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus yang diperoleh selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat terkena ilmu hitam beberapa tahun lalu.
“Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus). Tetapi saya tidak mahu terlalu banyak menceritakan perkara berkenaan. Takut orang salah tafsir pula. Semua itu bermula selepas ibu-bapa saya meninggal dunia kerana buatan orang”
“Tidak lama selepas itu saya pula yang terkena. Kejadian tersebut membuatkan saya cuba belajar ilmu-ilmu perubatan Islam. Tetapi bukan untuk merawat orang pun. Saya belajar agar dapat melindungi keluarga sekiranya ada apa-apa berlaku” katanya kepada mStar Online.
SM doakan semoga segala usaha Aeril dalam melindungi keluarganya akan dipermudahkan.
0 Response to "AERIL ZAFREL AKUI MAMPU LIHAT MAKHLUK HALUS SELEPAS IBU BAPA MENINGGAL DUNIA?"
Post a Comment