NIEYL HIDAP KETUMBUHAN DI PAYUDARA, RAHIM?

nieyl mentorPenyanyi Nieyl (Mentor) memberitahu dia terpaksa mengawal pemakanan selepas dikesan menghidap ketumbuhan pada bahagian payudara dan rahim beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, Nieyl  berkata, doktor sudah mengesahkan bahawa ketumbuhan tersebut bukanlah kanser, sebaliknya bonjolan biasa yang boleh dirawat.

“Saya tidak boleh makanan seperti ayam, ikan sardin, soya dan beberapa makanan lain yang boleh mengalakkan pertumbuhan kanser kerana risiko untuk mendapat kanser cerah. Setakat ini doktor beritahu ketumbuhan ini tidak bahaya dan jauh daripada kanser, ia masih boleh dirawat lagi,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Nieyl, ketumbuhan tersebut tidak menyakitkan, namun boleh membesar jika dia mengambil makanan yang dilarang oleh doktor. Tambah Nieyl lagi, dia juga tidak digalakkan untuk membuang bonjolan itu menerusi pembedahan kerana risiko untuk penyakit itu tumbuh kembali lebih tinggi.

“Ia tidaklah sakit dan tidak menganggu aktiviti harian saya, tetapi kalau saya makan ayam, saya akan rasa sendiri ia membengkak. Saya ada juga bertanya doktor sama ada perlu atau tidak untuk buat pembedahan membuangnya, doktor menasihatkan lebih baik untuk buat rawatan dari luar kerana jika dibuang ia akan tumbuh semula,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nieyl menasihatkan agar kaum wanita lebih perihatin dan sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan agar tidak terlambat mengetahui tentang tahap kesihatan masing-masing.

0 Response to "NIEYL HIDAP KETUMBUHAN DI PAYUDARA, RAHIM?"

Post a Comment