Ketika pelatih ini datang, pemeriksaan keseluruhan dilakukan. Semua bagasi diperiksa. Tubuh badan juga diperiksa. Tudung disingkap, terjulur rambut berwarna perang emas. Ingatkan hanya dihujung hujung sahaja. Apabila dibuka semuanya, seluruh rambut berwarna perang emas bagai rambut singa. Sama seperti rambut cerita Rapunzel. Cantik bercahaya.
"Ini warna rambut asal atau diwarnakan?"
"Diwarnakan menggunakan pewarna yang halal."
"Berapa lama ia bertahan?"
"lama juga"
"Bahan pewarna memang halal tetapi pewarna yang bagus telah menghalang air sampai ke urat rambut. Supaya tahan lama, pewarna ini selalunya kalis air."
"Tahukah kamu syarat mandi wajib?"
Angguk. "niat dan ratakan air seluruh tubuh."
"adakah air boleh diratakan keseluruh rambut jika pewarna ini kalis air?"
"tidak."
"jadinya adakah mandi wajib kamu sah?"
Gadis ini terdiam.
"bila akhir kamu berzina? Sebelum atau selepas rambut diwarnakan. Adakah selepas berzina, kamu mandi wajib?"
Gadis itu diam seperti menghitung dan mengingatkan. "Selepas saya warnakan rambut, saya masih berzina dan selepas itu mandi wajib."
Nampaknya gadis ini tahu bab hukum yang menyebabkan mandi wajib , tetapi tidak prihatin dalam hal perkara kesempurnaan mandi wajib .
"Kamu tahukah, jika mandi wajib tidak sah, wudhuk juga tidak sah dan solat yang dikerjakan juga tidak sah?"
Termenung gadis itu melihat penerangan saya. Diam memikirkan sesuatu.
Esok paginya, gadis ini berjumpa saya. "ummi , supaya mandi wajib saya sah, bagaimana caranya?"
"gunting dan cukur rambut, kemudian mandi wajib."
"jika itu alternatifnya, gunting rambut dan botakkan kepala saya. Saya nak bertaubat, saya nak berubah, saya nak amalan saya diterima Allah. Sanggup rambut saya dibuang."
Saya renung matanya, nampak tulus dan bercahaya. Allah telah kurniakan dia taufik dan hidayah, nampak kesungguhannya untuk bertaubat, menyesali perbuatan lalu walaupun beberapa hari lepas dia masih berzina. Itu cerita semalam. Hari ini Allah dah angkat darjatnya dengan mengurniakan taufik dan hidayah, dengan kesungguhannya memohon ampun kepada Allah, melakukan perkara perkara yang Allah perintah, insyaAllah , dengan rahmat Allah taubatnya diterima Allah.
Samada diterima taubatnya, diampunkan dosanya, itu kerja Allah, kerja kita ialah membimbing, mendidik dan mentarbiyah. Moga moga dengan usaha kita yang sedikit ini, dipandang Allah, merupakan jalan jalan yang diredhai.
Ini adalah langkah langkah terpuji dalam usaha untuk berubah. Meninggalkan, membuang semua perkara yang menyebab amalan amalan tidak diterima Allah. Barulah nampak kesungguhannya untuk berubah.
Semalam saya menerangkan, cara cara mengerjakan solat taubat dan solat dhuha. Terus dia belajar mengerjakan solat dhuha dan solat taubat. Dia berusaha melangkah demi selangkah. Alhamdulillah...
- Baitus Solehah
0 Response to "Gadis Pernah Terlanjur Ini Sanggup dibotakkan Kepala Agar Amalan Diterima..."
Post a Comment