Tiga Sebab Filem Fifty Shades of Grey diharamkan di Malaysia !

Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) mengharamkan filem romantik yang mempunyai unsur er o tik, ‘Fifty Shades of Grey’ daripada ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia.

Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, pihaknya mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum di negara ini.


Menurutnya, filem berkenaan yang dijangka akan ditayangkan pada 12 Februari depan itu dilihat lebih kepada po r no gr afi berbanding sebuah filem.

“LPF telah membuat keputusan berdasarkan ad eg an yang bukan daripada bentuk se k s ual semula jadi. Kandungan lebih sadis dengan memaparkan adegan seorang wanita diikat di katil serta disebat,” lapor The Star hari ini.

Sementara itu, pengedar filem berkenaan di Malaysia, United International Pictures (UIP) memberitahu filem itu pada awalnya akan ditayangkan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 12 Februari.

Namun begitu, berdasarkan laman web cinema.com.my, UIP mengesahkan filem berkenaan tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam di Malaysia.

Filem berkenaan merupakan adaptasi daripada novel judul yang sama hasil karya E.L. James.

Novel berkenaan juga mendapat sambutan hebat daripada kaum wanita dan telah terjual sebanyak 100 juta naskhah di seluruh dunia.


- bm.therakyatpost.com

0 Response to "Tiga Sebab Filem Fifty Shades of Grey diharamkan di Malaysia !"

Post a Comment